| ROSNANI BINTI ANGGONG

Card Image

JABATAN TANAH DAN UKUR SABAH SERTAI PERARAKAN MAULIDUR RASUL 1448H/2026M

Kota Kinabalu, 25 Ogos 2026 – Jabatan Tanah dan Ukur Sabah (JTU) telah menyertai Pertandingan Sepanduk dan Perarakan Sempena Sambutan Majlis Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri Sabah 1448H/2026M yang berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu.

Kontinjen Jabatan Tanah dan Ukur Sabah terdiri daripada pegawai dan kakitangan Jabatan yang tampil dengan pakaian seragam bertemakan warna biru serta menyertai perarakan bersama kontinjen daripada pelbagai jabatan dan agensi.

Penyertaan ini mencerminkan semangat kebersamaan, kerjasama dan komitmen warga Jabatan dalam menyemarakkan sambutan Maulidur Rasul serta menghayati nilai-nilai murni dan teladan Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian dan perkhidmatan awam.

Program ini turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat perpaduan dalam kalangan warga perkhidmatan awam dan masyarakat.

Jabatan Tanah dan Ukur Sabah merakamkan penghargaan kepada semua pegawai dan kakitangan yang terlibat serta memberikan komitmen dalam menjayakan penyertaan Jabatan pada sambutan Maulidur Rasul 1448H/2026M.