Objektif Jabatan Tanah dan Ukur ialah untuk melaksanakan polisi-polisi kerajaan melalui pengurusan tanah yang berkesan selaras dengan keperluan, tujuan dan wawasan Kerajaan Negeri dan Persekutuan serta Badan-badan Berkanun bagi tujuan :
- Menjaga kepentingan dan meningkatkan sosio-ekonomi penduduk.
- Membasmi kemiskinan melalui pengagihan pemberimilikan yang optima.
- Membangun dan memelihara sumber-sumber alam serta alam semulajadi agar dapat dinikmati oleh semua sektor dan lapisan masyarakat.